Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas
Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!
PER : Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas!
Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...
"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!" "Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!" "Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!" |
Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena".
Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan.
Sedangkan, apa yang dilakukan terhadap si mangsa pada 6 minit yang pertama selepas kemalangan adalah tempoh waktu yang sangat kritikal. Bagi kemalangan yang menyebabkan situasi si "mangsa" tidak mampu bernafas, jika dalam masa 6 minit si mangsa tidak mendapat bantuan pernafasan atau CPR, si mangsa atau insan yang anda sayangi, mungkin akan koma atau lumpuh seumur hidup.
Jadi... Usah biarkan perkara ini berlaku kepada insan yang anda sayangi.
Usah Lagi Terpinga-pinga dan Menjadi Buntu!
Ramai orang menjadi BUNTU apabila berhadapan dengan situasi kecemasan adalah disebabkan mereka tiada sebarang pengetahuan tentang ILMU PERTOLONGAN CEMAS!.
Mahu di biarkan... Tidak Sampai Hati!
Mahu di tolong.. Takut Jadi Lagi Parah!
Mahu atau tidak, terpaksa di"tonton" sahaja mangsa tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi jika anda adalah merupakan seorang ketua keluarga dan si mangsa pula adalah merupakan anak atau isteri anda.
Takkan anda hanya mampu melihat sahaja apabila anak atau isteri anda tiba-tiba...
- Tercekik makanan atau susu
- Terseliuh
- Terkena kejutan elektrik
- Luka berdarah terpijak benda tajam
- Pengsan akibat pitam
- Jatuh dan patah tulang
- Lemas di kolan renang
- Berdarah di telinga atau hidung
- Demam panas yang keterlaluan secara tiba-tiba
- Sawan
- Kejang Otot
- Mata tercucuk alat permainan
- Muntah-muntah akibat keracunan makanan
- dan bermacam-macam lagi kemalangan dan serangan penyakit yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran dan peringatan
Pelajari Ilmu Pertolongan Cemas Sekarang!
Kini! Sudah tiba masanya untuk anda melengkapkan diri dengan ILMU PERTOLONGAN CEMAS. Selain dapat membantu diri anda MENYELAMATKAN NYAWA INSAN TERSAYANG dikala kecemasan akibat kemalangan ataupun serangan penyakit, ia juga dapat menjadikan diri anda lebih YAKIN di dalam MEMIKUL TANGGUNGJAWAP menjaga insan-insan tersayang dibawah jagaan anda.
Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang suami, isteri, bapa, ibu, guru sekolah, ketua jabatan, pemandu bas, mahupun pengawal lalu lintas, sudah pastinya, ilmu pertolongan cemas ini akan dapat membantu anda untuk bersedia menghadapi situasi-situasi cemas yang mungkin berlaku di sekeliling anda.
Dan.. untuk memudahkan anda mempelajari tentang "Ilmu Pertolongan Cemas" ini, saya telahpun menghasilkan sebuah ebook panduan yang lengkap dengan teknik-teknik bantuan kecemasan yang boleh anda gunakan di dalam pelbagai situasi.

Siapakah Saya?
Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah saya untuk menulis tentang ebook Panduan Pertolongan Cemas ini? Baiklah! Nama saya Ali Nafiah, saya adalah seorang anak kapal kabin Penerbangan Malaysia dan telah 11 tahun menjalani latihan dan ujian di dalam Pertolongan Cemas. Oleh itu, memberikan rawatan pertolongan cemas adalah salah satu kemahiran saya. Saya juga telah dilatih menggunakan pelbagai alatan menyelamatkan nyawa (First Aider).
Jesteru itu, untuk tidak mensia-siakan ilmu yang dimiliki dan menyedari betapa pentingnya ilmu ini untuk dipelajari oleh semua orang. Maka saya telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan ebook ini
Di dalam ebook ini, saya bukan sahaja memuatkan tentang Ilmu Pengetahuan Tentang Pertolongan Cemas sahaja, tetapi, ada juga diselitkan tentang :-
-
Asas-asas organ dan sistem penting di dalam tubuh.
-
Jenis-jenis penyakit/serangan penyakit dan cara menghindar dan merawatnya
-
Penjagaan kanak-kanak/pasangan/warga tua yang mengalami penyakit berkaitan
-
Apa yang perlu dilakukan jika menghadapi keadaan kecemasan jika berseorangan
Isi Kandungan Ebook Ini!
Untuk lebih terperinci, berikut adalah isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini!.
| Bab 1) Pengenalan Tujuan Pembelajaran Bab 2) Prinsip Dan Amalan Pertolongan Cemas Bab 3) Kegagalan Peredaran Darah |
Bab 4) Kecemasan & Perubatan Penyakit-penyakit Pembuluh Darah Sakit Jantung Tercekik Sistem Saraf Berpusat Angin Ahmar (Stroke) Sawan Masalah Pernafasan Asma Diabetes (Kencing Manis) Ketidakhadaman Makanan Tersedu Keracunan Makanan Mabuk (Mabuk Laut) Histeria Sengatan Serangga Patukan Ular Demam |
Bab 5) Pendarahan Pendarahan Luaran Pendarahan Dalaman Telinga Berdarah Hidung Berdarah Jenis-jenis Luka & Cara Rawatan Ketegangan Otot Kejang (Cramp) Terseliuh Terkehel Patah Tulang Kecedaraan Kepala Kecederaan Tulang Belakang Kecederaan Mata Terbakar Bab 6) Menyambut Kelahiran |
Berapakah Harga Ebook ini?
Ebook ini hanyalah berharga RM35.00 sahaja. Jika anda merasakan RM35 terlalu mahal, tanyakan pula, berapakah harga untuk "Nyawa Insan yang anda Sayangi"? Saya pasti, ianya adalah tidak ternilai. Jadi, apalah nilai RM35 ini jika hendak dibandingkan dengan kejayaan menyelamatkan nyawa Insan yang anda sayang?
Ops! Ada Bonus Hebat!
Jika anda mendapatkan ebook ini sekarang! Anda juga akan menerima sebuah ebook bonus yang berjudul "Panduan CPR".

PANDUAN CPR : Teknik Menghidupkan Semula Jantung & Paru-Paru
Sebuah ebook panduan yang akan menunjukkan kepada anda bagaimana melakukan teknik CPR dengan betul. Lengkap dengan gambarajah serta arahan yang ringkas dan mudah. Teknik CPR yang diajarkan di dalam ebook ini juga adalah merupakan Teknik CPR yang terkini.
Apa Kata Mereka Yang Telah Membaca Ebook Ini?
|
|||
|
|||
|
|||
|
|||
Usah Berlengah Lagi!
Usah berlengah lagi, dapatkan segera ebook "Pertolongan Cemas" & "Panduan CPR" ini untuk melengkapkan diri anda dengan Ilmu Pertolongan Cemas. Klik Butang dibawah untuk ketahui cara-cara mendapatkan ebook ini.
Yang Ikhlas

Ali Nafiah
support@pertolongancemas.com
P/s :- Malang tidak berbau, dan kita harus bersiap sedia menghadapinya. Sediakan payung sebelum hujan. Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas adalah bererti anda memiliki ‘Knowledge for Life’, ianya tidak akan lapuk ditelan zaman.
P/p/s :- Lalui hari esok dengan penuh keyakinan dan semangat untuk menjaga diri dan orang yang tersayang. Jangan biarkan mereka pergi akibat kebuntuan dan kelewatan anda anda untuk bertindak. Dapatkan ebook ini sekarang!
Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625




